The unsinkable titanic

Bila cakap tentang Titanic mesti semua orang terbayang tentang kapal yang karam dan filem itu kan?

Jom kita imbas kembali peristiwa itu.



RMS Titanic adalah kapal penumpang yang terbesar masa zamannya, 1912.


Kapal ini karam semasa pelayaran pertamanya dari England ke New York City.
Soal siasat yang dibuat selepas kejadian itu mendapati banyak perkara yang menyebabkan kapal ini karam sehinggakan ada orang mengatakan kapal ini memang ditakdirkan untuk karam bermula dari kapal itu dibuat lagi.

Berikut adalah sebab-sebabnya:

– Kayu yang digunakan untuk membuat kapal ini bermutu lebih rendah daripada standard yang dikenakan pada masa itu.

– Bot penyelamat (lifeboats) di atas kapal telah dikurangkan daripada jumlah yang telah ditetapkan. Katanya “penumpang tidak membayar tiket untuk melihat bot-bot ini”.

– Pekerja yang sepatutnya meninjau keadaan sekeliling tidak membawa teropong menyebabkan mereka lambat mengesan iceberg yang dilanggar.


– Wireless radio operator yang sibuk melayan mesej penumpang telah mengendahkan/ mengambil ringan mesej/isyarat yang diberi oleh kapal Californian tentang iceberg yang terdekat dan dengan nada marah operator Titanic itu telah membalas “Shut up, shut up, I am busy; I am working Cape Race”. 

Pada 14 April 1912, 11.40 pm Titanic telah bergeser dengan iceberg.


– Air masuk ke dalam kapal lebih cepat dari yang dijangka sebab tombol (bolt) yang digunakan untuk membuat kapal itu tidak berapa kuat.

– Isyarat minta bantuan yang diberi kepada kapal yang terdekat, Californian telah gagal kerana isyarat radionya telah ditutup kerana tersinggung dengan kata-kata operator Titanic sebelum itu. Ini menyebabkan ramai penumpang yang mati kesejukan ditambah dengan kekurangan ‘lifeboats’. 

Akhirnya kapal Titanic yang dikatakan tidak mungkin tenggelam telah tenggelam pada 15 April 1912, 2.20 am.

Harap tragedi ini dapat dijadikan ikhtibar sebab “who do not know the past are condemned to repeat it”

Sumber: History Channel, Wikipedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: