Archive for April, 2011

~Antara Tatacara Pemakanan Sihat Rasulullah SAW~

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
  • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
  • Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
  • Jangan makan buah bersama ….susu: – dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
  • Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
  • Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.
  • Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
  • Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
  • Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
  • Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
  • Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
  • Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.
  • Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
  • Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
  • Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
  • Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awek muda.
  • Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
  • Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
  • Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
  • Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
  • Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
  • Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532). Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
  • Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
  • Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).
  • Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).
  • Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
  • Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).
Sumber
Advertisements

Leave a comment »

Petua Imam Syafie 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Source

Leave a comment »

UNIC – Doa Dhuha

Leave a comment »

Budaya Suka Banding

Budaya ‘suka banding’ ini memang kuat dalam masyarakat kita. Secara peribadi, saya amat tidak menyukainya. Banyak pengalaman masa lepas yang benar-benar memberi kesan yang kurang baik kepada hidup saya.
Semasa kita kecil, ramai rasanya menyetujui bahawa budaya ‘suka banding’ keputusan pelajaran cukup menyakitkan. Seolah-olah diri kita begitu hina atau tidak mempunyai nilai langsung bila diri kita dibandingkan dengan mereka yang lebih baik pencapaiannya. Tidak cukup dengan itu, kita juga selalu ‘suka banding’ tahap kedudukan dari segi ekonomi. Jika kita datang dari keluarga kaya maka kita akan lebih dihormati berbanding dengan jika kita datang dari keluarga miskin. Perlukah ini semua?
Semasa kita meningkat dewasa, kita ingatkan budaya ‘suka banding’ ini makin berkurangan tetapi rupanya kita silap. Makin tebal jadinya budaya ini. Kita selalu lihat manusia sekeliling ‘suka banding’ apa benda yang kita ada, apa pangkat yang kita ada, apa pencapaian yang kita ada dan seribu satu macam lagi perbandingan-perbandingan yang cukup merimaskan. Perlukah ini semua?
Jika kita tidak berhati-hati, budaya ‘suka banding’ ini akan menyebabkan timbulnya bermacam-macam penyakit hati seperti rendah diri, sakit hati, dendam, bongkak, tak sedar diri dan macam-macam lagi. Ramai yang hidupnya berlegar-legar sekitar membuat perbandingan sehingga lewat usia mereka. Jika beginilah cara hidup kita, mana mungkin datang rasa tenteram dan aman dalam diri?
‘Suka banding’ memang perlu tetapi bukan sampai membawa kepada corak kehidupan seperti di atas. Perbandingan yang membawa kepada motivasi agar hidup menjadi lebih baik dari sebelumnya memang dituntut. Jika dilihat dari sudut pengurusan masakini, ada suatu inisiatif yang bernama Penandaarasan (Benchmarking) yang sebenarnya menggunakan konsep ‘suka banding’ ini dalam usaha bawa sesuatu organisasi itu lebih baik dari sebelum ini.
Akhir kata, bagaimana harus kita menangani budaya ‘suka banding’yang membawa kepada kesan negatif ini? Rasanya mudah sahaja. Bagaimana? Ianya perlu bermula dari rumah di mana ibu bapa harus mengelakkan ‘suka banding’ anak-anak mereka dengan anak-anak orang lain. Mungkin niatnya baik tetapi dalam banyak hal kaedah perlaksanaannya selalu membinasakan!
Source: Mior Azli from iluvislam.com

Leave a comment »

Setitis Nikmat Perlu Disyukuri

Dengan adanya akal maka dapatlah manusia membuat perbezaan antara perkara yang baik dengan yang buruk, yang tinggi dengan yang rendah, yang hitam dengan yang putih, yang hak dengan yang bathil dan sebagainya. Bagaimanapun, ada pula di antara manusia yang tidak mahu menggunakan akal yang dikurniakan Allah itu untuk menentukan garis pertimbangan kehidupan mereka seharian. Hidup mereka dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terpedaya dengan godaan syaitan.
Ada satu anugerah yang jarang disyukuri manusia. Biasa yang kita dengar. Si pelajar bersyukur dengan markah peperiksaan yang cemerlang. Si suami soleh bersyukur mendapat isteri solehah. Si ibu bersyukur di kurnia anak-anak yang bijak pandai. Si peserta Akademi Fantasia juga bersyukur apabila bergelar juara. Pendek kata, di dunia ini manusia akan bersyukur apabila mendapat perkara yang diingini. Namun satu perkara yang mungkin lupa disyukuri oleh kebanyakan manusia adalah nikmat lahir sebagai seorang Islam. Apabila lahir saja, kita diazankan, nama pula diberi berbin dan berbintikan bapa, tandanya kita seorang yang beragama Islam.
Namun adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup sebagai Islam? Adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup seiring dengan penyaksian shahadah yang menjadi kunci keislaman mereka? Berapa ramai orang Islam yang masih menari terlompat-lompat di pusat hiburan. Berapa ramai wanita Islam yang mengandung anak luar nikah. Berapa ramai pasangan Islam yang membuang anak hasil hubungan terlarang. Berapa ramai orang Islam yang masih meneguk arak ketika mengalami tekanan. Lihat, dengar dan renunglah dengan hati, adakah itu tanda kesyukuran kita dengan anugerah dilahirkan sebagai seorang Islam.
Lihatlah manusia yang tiada agama. Mereka berjaya dalam kehidupan. Rumah besar, pangkat besar, pendek kata semua yang diimpi menjadi nyata. Namun alangkah sedih melihat mereka bertindak apabila tertekan. Ada yang terjun bangunan. Ada yang terjun landasan kereta api. Kalau difikir, mana mungkin orang berpelajaran tinggi sanggup mengambil jalan semudah itu sebagai penyelesaian kepada tekanan diri. Yang jelas disitu, mereka tiada tempat mengadu. Mereka tidak tahu dimana mahu mengadu.
Cukup berbeza dengan orang Islam. keindahan Islam itu jelas dan nyata. Kita punya Allah, Tuhan yang Maha Esa sebagai tempat mengadu. Tidakkah kita renung kembali. Walaupun setiap hari melakukan dosa, setiap hari membuat Allah murka, tapi jika kita menadah tangan berdoa dengan yakin, Allah pasti kabulkan permintaan kita. Kita sedih, Allah memujuk. kita gembira Allah mengingatkan.
Walhal, sanggupkah kita bersyukur walaupun diberikan nikmat setitis air, ataupun kita merungut? Apabila hari terik, kita merungut panas, Allah berikan titisan hujan, kita merungut hujan menyusahkan. Bahkan kita membezakan apabila cuara cerah kita kata “Cuaca harini sangat baik”, apakah apabila hujan ia bukan cuaca yang baik? kita banyak mementingkan diri sendiri dari mengutamakan kepentingan Allah Swt.
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Lagu Ciptaan : Nazrey Johani
Lirik Nukilan: Pahrol Md. Juoi
Nyanyian Asal: The Zikr
INGATLAH!!
فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah Al-Baqarah 2:  Ayat ke 152)

Leave a comment »

Samsung saman balas Apple

SEOUL – Pengeluar barangan elektronik Korea Selatan, Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran firma Amerika Syarikat (AS) berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.
Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.
Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.
Tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perniagaan kedua-dua syarikat gergasi komunikasi tersebut.
Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa firma Korea Selatan itu melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.
Dalam satu kenyataan semalam Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.
Sehubungan itu, Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.
“Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya,” kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.
Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini. – Reuters
Sumber

p/s: I like apple products but they are very expensive, competition in this area is good for the costumers, hopefully.

Leave a comment »

How to save an extra $100 a month

High interest rates and soaring petrol prices are here to stay. Cut back your spending and take pressure off your family budget. Here are ten easy ways to slash at least $100 from your monthly expenses. 

1. Stop buying convenience drinks

Drinks are the number one way Australians waste money. Forget about paying a few dollars for water when you’re eating out, ask for a glass of the cheap stuff instead… from the tap. When you’re on the run plan ahead and take a water bottle instead of forking out at least $2 every time you want a drink. Also resist expensive energy drinks that are unhealthy and contain high levels of caffeine. Don’t forget about coffee. Grab a free cup from home or the work kitchen instead of your $3.50 daily latte from the local café. 

2. Take your lunch to work

It’s hard to buy a basic sandwich and a drink for less than $8 these days. Plan ahead when you’re doing your weekly grocery shop and take a healthy packed lunch to work at least three times a week. 

3. Get rid of credit


Switch to a debit credit card and avoid interest charges and late payment fees when you don’t pay your bill on time. Debit credit cards allow you to use credit card facilities but only let you spend your own money…so you can’t go into debt. 

4. Cut your mobile phone costs


Get your whole family to use the same mobile phone provider, as many companies offer free or cheap calls to numbers on the same network. If your mobile phone bill is blowing out each month find out if there’s a plan that better suits your needs or switch to pre-paid.

5. Call for free over the internet

Forget about shopping around for the best long-distance or international calling rates, get a broadband connection and download an internet calling program like Skype. It allows you to talk to friends and family anywhere in the world online for free. 

6. Review your insurance

Save on insurance by having your house, car, life and income protection insurance with the same company. Increase the excess on your house or car policies if you are struggling to meet your monthly premiums. 

7. Avoid brand names


We all know brand name clothing can cost the earth and low-price retailers like Target, Kmart and Big W offer good value alternatives… so use them! You can also save a fortune if you buy home brand groceries and generic medicines. They usually have the same ingredients, work in the same way, meet the same Australian standards and are cheaper. 

8. Cut down on take away meals


Plan your meals for the week before you go shopping so you don’t have to resort to take away food. Home delivery can cost up to $50 for a big family, that really adds up if you do it once a week. If you want a night off from the kitchen buy a frozen dinner from the supermarket or have a BBQ. 

9. Give up your gym membership


Gym memberships start at about $25 a week. Instead go running or swimming a few times a week or meet up and exercise with friends on set days. 

10. Ditch the car


Save on petrol, parking and road tolls by car pooling with colleagues or catching public transport to work. If you live within 10km of your workplace consider cycling to work and walk to the shops where possible.


Source

Leave a comment »